Monday, 30 May 2011

Tawaran Pakej Pernikahan di Songkhla

Terdapat ramai individu yang menawarkan khidmat nikah Thailand, terutamanya melalui Majlis Agama Islam Songkhla, Majlis Agama Islam Yala dan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Ada pula sindiket palsu yang tidak menggunakan khidmat jurunikah bertauliah di Siam, ada yang terlalu mahal dan ada yang sah tapi khidmat yang diberikan tak lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Cara yang terbaik untuk kahwin di sempadan Siam ialah melalui Majlis Agama Islam Songkhla kerana Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand terletak di Songkhla. Dan pakej yang ditawarkan perlulah lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia yang ditujukan kepada Pejabat Agama Islam di Malaysia, supaya anda tidak bermasalah untuk mendaftarkan perkahwinan anda setelah pulang ke Malaysia nanti.


Sekiranya anda merancang untuk kahwin di Selatan Siam iaitu Songkhla, pastikan perkhidmatan yang anda pilih adalah lengkap, sah dan selamat. Berikut adalah proses yang perlu dilalui oleh setiap pasangan:

  • Pernikahan oleh Naib Kadi Syari'e yang sah di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songhkla. 
    Masjid & Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

    • Selesai pernikahan, 2 helai sijil nikah dikeluarkan pada masa yang sama untuk mendapatkan pengesahan bahawa pernikahan itu sah.
     
    • Selesai urusan di Pejabat Majlis Agama, kami akan membawa anda ke Konsulat Malaysia di Songkhla juga untuk mendapatkan surat pengesaan nikah dari mereka. Konsulat Malaysia adalah sebahagian dari Kerajaan Malaysia. Oleh itu, surat sah nikah dari Konsulat adalah surat dari Kerajaan Malaysia yang menerima pernikahan itu sebagai sah. Tidak akan timbul isu dalam pendaftaran di Malaysia nanti.
    contoh surat pengesahan dari konsulat
    • Makluman yang terkini, bagi tahun 2011. Proses selesai dalam masa 2 hari kerana anda perlu hadir semula ke konsulat pada hari yang berikutnya bagi mengambil surat pengesahan berkenaan berbanding sebelum ini yang mana segalanya selesai pada hari yang sama.  

    Kami boleh bantu anda dengan menawarkan perkhidmatan ini dengan tawaran harga rendah mengikut kehendak dan keperluan anda dengan menyediakan perkhidmatan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
    1. Kemudahan pengangkutan pergi balik dari Malaysia ke Thailand
    2. Bayaran kepada jurunikah, saksi, pengeluaran surat nikah dan lain-lain berkaitan akad nikah
    3. Bayaran kepada Majlis Agama untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia
    4. Kemudahan pengangkutan ke Konsulat Malaysia dan bayaran kepada Konsulat Malaysia untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
    5. Kemudahan tempat tinggal akan disediakan sekiranya anda perlukan
    6. Kami turut membantu anda bagi urusan perjalanan untuk ke Sempadan Malaysia-Thailand (Bukit Kayu Hitam) sekiranya anda dari negeri yang berlainan.
    * Maskawin adalah berasingan. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkannya.



    Pilih khidmat kami supaya tidak timbul soal sindiket atau kahwin palsu kerana anda sendiri akan kami bawa ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
    Nikah di Songkhla adalah jauh lebih selamat berbanding Yala dan Narathiwat yang jauh dari Konsulat Malaysia dan agak kurang selamat dari segi keselamatan negara.

    Bayaran agent boleh runding mengikut keperluan yang anda inginkan.

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut:
    Nizam: 012-2699588






    No comments:

    Post a Comment